Friday, 1 August 2014

Digital Furqan + Terjemahan Melayu






download link  http://www.tusfiles.net/mas8ufnnsrpn
(kosongkan kotak download manager lepas tu klik yg hijau)

CARA MEMBAIKPULIH ECU KERETA

Kebanyakkan kenderaan yg berumur melebihi 10 tahun akan timbul masalah yang berkait dengan komponen elektronik seperti ECU(engine control unit),AirFlow Sensor dan sebagainya.
Ada setengah kes ECU atau yg lain terpaksa ditukar terus manakala dalam setengah kes ianya boleh dibaiki.
Kebanyakkan ECU/AIRFLOW rosak disebabkan oleh kebocoran yang berlaku pada capasitor/condensor elektrolitik yang mengeluarkan cecair seakan air bateri.
Jika dibiar lama-kelamaan litar dan komponen lain akan berkarat (short circuit) dan seterusnya ECU/AIRFLOW tidak berfungsi dengan betul/rosak dan enjin tidak dapat dihidupkan lagi..
Contoh kerosakkan ECU disebabkan capasitor tadi seperti dalam gambar dibawah.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM
Sebelum ianya rosak terus eloklah jumpa mekanik untuk buat pemeriksaan ke atas komponen kereta anda kerana jika boleh dibaiki maka jimat belanjanya.Kalau terpaksa tukar kena sedia banyak ratus mungkin ribu untuk beli yg 2nd hand atau baru.Kos tukar capasitor/condensor yg bocor sekali cuci circuit board sekitar  rm50 shj...Jika boleh pakai lagi Allahamdulillah....kalau tak boleh terpaksa la tukar lain.